ismailsabri1

Pada 13 September 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong telah berlangsung satu upacara penyerahan sebuah unit van jenazah bagi kegunaan Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong.

Untuk makluman semua, unit mobilisasi atau van jenazah Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong sedia ada sekarang sangatlah uzur keadaannya di mana ia selalu rosak dan hanya boleh di gunakan di sekitar kawasan perkampungan dan dengan ada unit van baharu ini maka urusan pengendalian jenazah kelak akan menjadi mudah.

ismailsabri2

Van jenazah tersebut di anggarkan berharga lebih kurang RM121,000.00 telah di sumbangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) cawangan Negeri Pahang melalui menterinya iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob iaitu menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Bagi tujuan menyempurnakan majlis tersebut, hos majlis iaitu ahli jawatankuasa Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong telah bekerjasama dengan seluruh komuniti Felda Bukit Puchong dengan melakukan kenduri secara gotong royong bagi meraikan tetamu VIP dan ahli-ahli pertubuhan tersebut yang terdiri daripada penduduk Felda Bukit Puchong.

ismailsabri4

Encik Mohammad Kesawari Bin Mohamed Din iaitu Pengerusi Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong di beri amanah dan tugas untuk menerima sumbangan tersebut dari Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob sendiri.

ismailsabri3

Selepas berakhirnya upacara simbolik penyerahan kunci van jenazah tersebut, para tetamu telah di raikan dengan jamuan makan tengahari dan majlis tersebut berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

ismailsabri5