raya20151

Pada tarikh 27 Julai 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya jamuan Aidil Fitri 2015 peringkat JKKK Felda Bukit Puchong.

Tujuan Jamuan Aidil Fitri ini di adakan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah dan hubungan siratulrahim antara peneroka Felda, generasi kedua Felda, kakitangan Pengurusan Felda dan kakitangan Sekolah Rendah dan Menengah.

raya20152

Persiapan pra-jamuan Aidil Fitri ini telah berlangsung sehari sebelum hari kemuncaknya iaitu pada 26 Julai 2015.Persiapan ini turut dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada perkumpulan Gerakan Pergerakan Wanita Felda atau GPW, JKKK Felda Bukit Puchong dan golongan belia dari MBF Felda Bukit Puchong.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis Sambutan Aidil Fitri ini boleh di katakan agak meriah juga dengan kedatangan pelbagai golongan peringkat usia yang terdiri daripada warga Felda Bukit Puchong itu sendiri.

raya20153

Yang paling seronok apabila terdapat segelintir warga peneroka dan JKKK Felda Bukit Puchong mengenakan pakaian raya bagi menghidupkan suasana Sambutan Aidil Fitri tersebut.

Walaubagaimana pun, seperti setiap tahun jugalah masih terdapat masalah yang sama berulang di mana makanan yang di sediakan tidak mencukupi dan program yang berlangsung ini di buat pada hari atau waktu bekerja menyebabkan ramai penduduk kampung terutama pelajar sekolah tidak dapat menghadirkan diri.

raya20154