maulud1

Perkarangan Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong,26/02/2011,Sabtu. Sambutan berkala ini boleh dirumuskan antara sambutan yang paling meriah kerana mendapat sokongan padu oleh semua golongan lapisan masyarakat umumnya.

Bermula dengan perarakan dari Padang Awam Felda Bukit Puchong mengelilingi kawasan penempatan peneroka dan kawasan ekonomi hingga berpusing kembali ke Dataran Dewan Orang Ramai.

Kumpulan yang mengambil bahagian didalam perarakan tersebut terdiri daripada Perkumpulan Jemaah Masjid,Pertubuhan Peneroka,Kumpulan Belia dari Pakat Kebajikan (BP Ekstrem dan Wakaf FC),Perkumpulan Wanita dan Belia/Belawanis serta tidak ketinggalan adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.

Acara Sambutan Maulidur Rasul ini turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Nasyid dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.Acara kemuncak sambutan pula adalah ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmud Bin Mat (Pengarah Urusan Bina Ummah dan Penceramah Bebas) bertema Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Rata-rata khalayak yang hadir turut mengakui bahawa sambutan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan di Felda Bukit Puchong.