gotongroyong1

Jumaat, 16/05/2014, Felda Bukit Puchong.Setelah sekian lama Program Keceriaan Kampung tidak di lakukan oleh warga penduduk Kampung Felda Bukit Puchong, akhirnya pada hari tersebut program ini berjaya di laksanakan bersama-sama sebilangan besar warganya.

Bagi menjayakan program ini, ia turut dibantu oleh sebilangan besar warga kerja Pejabat Pengurusan Felda Bukit Puchong dan penglibatan kakitangan Felda tersebut pada mana-mana program kemasyarakatan sebelum-sebelum ini tidak pernah menghampakan kerana mereka sentiasa memberi sokongan dan sentiasa menghadirkan diri walaupun sibuk dengan tugasan harian mereka.

gotongroyong2

Tujuan utama program ini di laksanakan adalah untuk menambahkan lagi keceriaan kampung dengan menanam pokok bunga pelbagai jenis.Sebelum ini, kebanyakkan program keceriaan kampung di laksanakan bertujuan untuk menyertai beberapa anugerah besar seperti Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kampung Felda atau AKKF yang di anjurkan oleh pihak FELDA tetapi untuk program kali ini ianya di lihat sekadar untuk menceriakan kawasan kampung serta merapatkan hubungan siratulrahim sesame warga penduduk.

Di harap jika terdapat lagi program seperti ini di lakukan pada masa hadapan, cuba libatkan penyertaan dari pelbagai golongan atau lapisan seperti golongan belia kerana di dapati penyertaan golongan belia pada program tersebut di lihat tidak ramai.