Program Aspirasi Felda yang telah dianjurkan pada 02 Mei 2010 adalah bertujuan untuk "refreshment" atau menyegarkan semula hubungan baik antara Pihak Pengurusan Felda dengan masyarakat Peneroka dan Generasi Ke-2 Felda.
Banyak isu-isu semasa yang berkait rapat dengan masyarakat Peneroka Felda menjadi agenda utama dalam program tersebut. Paling menarik ialah acara ini telah dirasmikan oleh Saudara Y.B Norol Azali Bin Sulaiman iaitu ADUN Bahagian GUAI. Semasa menyampaikan ucaptama, beliau menekankan beberapa pekara yang boleh diambil ikhtibar iaitu apa jua masalah yang berlaku di dalam masyarakat peneroka Felda usah ketepikan Pengurusan Felda kerana Felda masih relevan dengan peneroka.
Selain itu, program ini turut dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Memasak Makanan Tradisional, Gubahan Bunga dan Perlawanan Futsal dan Bola Jaring. Program berakhir pada pukul 06.00 petang.