JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) FELDA BUKIT PUCHONG

 jkkk

Seiring dengan iltizam ke arah transformasi, pada awalnya, Felda Bukit Puchong yang diurustadbir oleh Pertubuhan Peneroka telah ditubuhkan pada 01 Oktober 1989 (No.Pendaftaran 1286/89 Pahang) bagi menggantikan JKKR (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan) yang ketika itu ditadbir oleh pengurusan FELDA dengan jumlah ahli seramai 433 orang.

 

Bagi menjadi sebuah entiti yang dapat berfungsi sebagai platform penyelesaian masalah kepada komuniti khas penduduk Felda Bukit Puchong, Pertubuhan Peneroka telah menyambut baik transformasi kemasukan JKKK ke dalam pentadbiran Pertubuhan Peneroka (FELDA) pada Julai 1998, khususnya kepada peneroka tanah rancangan Felda yang telah menerima Surat Hak Milik Tanah dan melalui proses tanam semula pokok kelapa sawit.

 

Pentadbiran JKKK yang baru ketika itu telah dipimpin oleh Saudara Mohd. Yusop B. Hassan selaku Yang Di-Pertua JKKK dan Tn. Haji Muhd. Amin B. Sardi selaku Pengerusi JKKK/Ketua Kampung yang pertama telah memacu dan merealisasikan impian untuk Kampung Felda Bukit Puchong ini menjadi sebuah kampung yang moden dan makmur suatu masa nanti.

 

Tidak ketinggalan juga agensi lain yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan kampung ini seperti FELDA, Kementerian Luar Bandar dan Ahli Parlimen dalam menyumbang peruntukan bagi membina kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam bagi penduduk di sini.

 meeting3

SENARAI AHLI JAWATANKUASA JKKK FELDA BUKIT PUCHONG

 

BIL           NAMA                                            JAWATAN

 

1     HJ. MUHAMAD AMIN B. SARDI      :      PENGERUSI

 

2     PAHRORAJI B. MASRI  :      SETIAUSAHA

 

3     HJ. MOHD SAAT B. MD. AMIN       :      BENDAHARI

 

4     MAJID B. ABU    :      KETUA BIRO AGAMA & MASYARAKAT

 

5     HJ. YUSOF B. SAAD    :      TIMB. BIRO AGAMA & MASYARAKAT

 

6     ZAINUN BT. HJ SULAIMAN   :      KETUA BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN

 

7     MOHD. FOZI B. MOHAMED   :      TIMB. BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN

 

8     ZAKARIA B. HJ. AHMAD       :      KETUA BIRO EKONOMI DESA

 

9     MOHD AMIN B. MAULUD      :      TIMB. BIRO EKONOMI DESA

 

10    MOHAMAD YUSOF B. HASAN        :      KETUA BIRO PERTANIAN & PENTERNAKAN

 

11    RAZAMAE B. WOK      :      TIMB. BIRO PERTANIAN & PENTERNAKAN

 

12    HJ.SULAIMAN B. MD. SALEH :      KETUA BIRO GERANTOLOGI

 

13    IBRAHIM B. JAMAL     :      TIMB. BIRO GERANTOLOGI

 

14    MOHAMED KESAWARI B. MOHAMAD DIN        :      KETUA BIRO KESELAMATAN & KETENTERAMAN

 

15    SABARUDIN B. SAMPOL       :      TIMB. BIRO KESELAMATAN & KETENTERAMAN

 

PENGIKTIRAFAN

 

Berkat kesabaran dan ketekunan barisan JKKK dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Felda Bukit Puchong telah menempa beberapa kejayaan dalam beberapa pertandingan anjuran Kementerian Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan FELDA .

 

  • N/Johan - Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Bera 2001
  • Ketiga – Pertandingan Landskap Ketegori Kg Terbaik Felda Wilayah Temerloh 2003
  • Johan - Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Bera 2003
  • Ketiga – Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang 2003
  • N/ Johan - Pertandingan Kampung Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-47 Peringkat Daerah Bera 2004
  • Johan - Perbarisan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-47 Peringkat Daerah Bera 2004
  • Johan - Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Bera 2005
  • Ketiga- Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Negeri Pahang 2005
  • Johan - Anugerah Masjid Gemilang Peringkat Negeri Pahang 2005
  • Johan - Perbarisan Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-48 Peringkat Daerah Bera 2005
  • Penghargaan Oleh KDYTM Tengku Puan Pahang – Program Penerbitan Buku Masakan Tradisional Negeri Pahang 2005
  • Anugerah Masjid Contoh Parlimen Bera 2006
  • Anugerah Masjid Contoh Felda Peringkat Nasional 2006

 

JADUAL POPULASI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

POPULASI                        JUMLAH

JUMLAH PENDUDUK    :      3,413

LELAKI      :      1,640

PEREMPUAN      :      1,773

PURATA ISI RUMAH    :      8

 

JADUAL PECAHAN KAUM BAGI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

BIL   KAUM       PERATUS (%)

1     MELAYU    99.85

2     INDIA       0.12

3     LAIN-LAIN 0.03

 

JADUAL KUMPULAN UMUR PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

BIL     UMUR       JUMLAH

1     < 12 TAHUN      338

2     12 - 17 TAHUN   300

3     18 - 25 TAHUN   500

4     26 - 40 TAHUN   417

5     41 - 58 TAHUN   1,373

6     > 59 TAHUN      485

 

JADUAL SOSIOEKONOMI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

BIL   AGENSI     PERATUS (%)

1     KERAJAAN 19.08

2     SWASTA   49.13

3     PETANI     31.79

 

 

BIL                      NAMA                                  JAWATAN

1     YB DATO'ISMAIL SABRI B. YAAKOB       :      AHLI PARLIMEN

2     YB LEONG NGAH NGAH        :      ADUN

3     TN HJ MUSTAPA B. AFANDI  :      PEGAWAI DAERAH

4     TN SYED RIDUAN B. SYED HASHIM       :      PENGHULU

5     TN HJ MUHAMAD AMIN B. SARDI  :      KETUA KAMPUNG

6     TN HJ SULAIMAN B. ABD. GHANI  :      IMAM

7     TN HJ MUHAMAD AMIN B. SARDI  :      PENGERUSI JKKK