000maulid1

Menurut kalendar atau takwim Islam yang di keluarkan oleh pihak JAKIM pada tahun 2019, Hari Maulidur Rasul kali ini akan jatuh pada hari Sabtu bersamaan dengan 09 November 2019.

Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah kali ini adalah bertemakan “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”.

Sempena kedatangan Hari Maulidur Rasul 1441 ini, pihak Jemaah Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong dengan di sokong oleh semua pelajar sekolah agama rakyat (SAR) dan komuniti penduduk Felda Bukit Puchong telah mengadakan sambutan dan perarakan sempena hari memperingati Maulud Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti sambutan ini di mulakan dengan acara perarakan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW mengelilingi kampung dan seterusnya sesi ceramah Sirah Nabawi yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang di datangkan khas dari Majlis Agama Islam Daerah Bera.

FOTO

000maulid2

000maulid3

000maulid4

000maulid5

000maulid6