TARIKH : 27 OKTOBER 2018
MASA : 08.00 – 04.00 PETANG
LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : SEMUA KOMUNITI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG
PROGRAM : PROGRAM PERDANA BUBUR ASYURA
TUJUAN
Program Perdana Bubur Asyura ini adalah program tahunan yang wajib bagi penduduk Felda Bukit Puchong sejak dahulu lagi dan matlamat utamanya program ini di laksanakan adalah untuk menjalinkan dan merapatkan lagi hubungan siratulrahim antara penduduk.
Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebersihan Kampung atau JKKK Felda Bukit Puchong, mereka turut melibatkan generasi muda perdana belia felda dan ini adalah satu cara untuk mereka mewarisi penghasilan bubur asyura yang boleh di katakan sangat rumit dalam pembuatannya dan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
AKTIVITI
Penyediaan bahan-bahan asas di mulakan di sebelah pagi dan proses memasaknya pula berlangsung selepas itu hinggalah bubur asyura itu siap masak sepenuhnya.
Bagi proses mengacau adunan bubur asyura itu, tenaga kerja orang-orang muda sangat di perlukan dan ianya di ambil secara bergilir-gilir hinggalah ianya selesai.
Selain daripada itu, program ini di serikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Ismail Sabri Bin Yaakub, merangkap Ahli Parlimen Daerah Bera yang sudi menjengok dan beramah mesra dengan orang ramai.
FOTO