0000000000000abc27

MAJLIS PELANCARAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi)

Di jemput seluruh warga penduduk di Daerah Bera atau kawasan sekitarnya untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau PEDi yang akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 iaitu YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakub.

Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau PEDi ini akan di adakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau PEDi Kampung Durian Tawar pada tarikh 21 November 2021.

Turut sama bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia iaitu YB Datuk Seri Panglima TPr.Haji Annuar Bin Haji Musa dan Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail.

Sebelum pusat internet ini di kenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau PEDi, ia di kenali sebagai Pusat Internet Komuniti yang mana ianya berfungi dan mempunyai peranan yang besar kepada komuniti pengguna internet di kawasan luar bandar.

Ini adalah sokongan dan pengiktirafan yang sangat luarbiasa terhadap pusat internet ini oleh pihak kerajaan yang mana pihak kerajaan nampak keberadaan pusat internet ini dalam membantu usahawan-usahawan desa menjual atau memasarkan produk yang di hasilkan.