Pada tarikh 24 September 2016, bertempat di Dewan Rukun Tetangga Felda Malaysia berlangsungnya Program Keusahawanan Media Sosial, Asas Fotografi dan Advokasi Dashboard bersama Usahawanita Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Daerah Bera seramai 40 peserta.
Tujuan program ini di laksanakan adalah untuk memberikan pendedahan dan menunjukkan cara yang betul kepada usahawanita yang terbabit dalam mempromosikan produk mereka di atas talian atau online dan seterusnya mempromosikan portal Dashboard yang di kendalikan sendiri oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia.
Segmen pertama yang mengambil tempat ialah segmen Asas Fotografi DIY atau Did It Yourself yang mana peserta di dedahkan dengan teknik asas fotografi.Teknik asas fotografi ini memerihalkan tentang cara fotografi sesuatu produk di hasilkan dan yang paling penting ianya tidak melibatkan kos studio yang mahal.
Rata-rata peserta melahirkan rasa kagum dalam segmen ini kerana produksi studio yang mahal tidak di perlukan lagi untuk menghasilkan gambar produk yang cantik dan berkualiti professional dan ianya boleh di gantikan dengan barangan yang mudah di dapati seperti kotak bagi membuat mini studio, latar skrin putih boleh di gantikan dengan kertas dan peralatan penataan cahaya boleh di gantikan dengan lampu picit atau lampu LED.
Seterusnya segmen Advokasi Dashboard Myshop mengambil tempat.Dalam segmen ini, kami dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera berusaha meyakinkan para peserta yang hadir tentang kebaikkan aplikasi perkhidmatan Dashboard Myshop yang mesra penjual dan pengguna.Untuk itu kami turut melibatkan para peserta dengan akses pengguna Myshop bagi merasai sendiri pengalaman jual-beli di dalam aplikasi Dashboard Myshop dan rata-rata peserta agak tertarik dan menaruh minat menggunakannya pada masa akan datang.
Keberkesanan program yang di laksanakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera ini turut di akui sendiri oleh pihak Amanah Ikthiar Malaysia Cawangan Daerah Bera melalui Pengurus AIM Cawangan Bera iaitu Puan Raja Noorjihan Binti Raja Abdullah yang mana beliau dapat melihat sendiri impak serta merta kepada setiap ahlinya yang hadir pada program tersebut dan berharap pihak Pusat Internet 1Malaysia Daerah Bera dapat mengadakan program yang sama pada masa akan datang kepada peserta yang berminat.