android2

Pada 21 dan 22 Januari 2017 yang lalu, bertempat di Kolej Komuniti Bentong, Pahang telah di adakan satu program kursus jangka pendek iaitu Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) bagi para petugas Pusat Internet 1Malaysia Pengurus dan Penolong Pengurus) khasnya untuk negeri Pahang.

Tujuan kursus pendek ini di adakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet 1Malaysia mengendalikan kursus android yang telah di pelajari di Kolej Komuniti ke Pusat Internet 1Malaysia masing-masing apabila kursus tersebut telah tamat dengan jayanya.

android3

Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) ini adalah program usahasama di anatar Kolej Komuniti Bentong dan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Temerloh dan setiap peserta di kenakan bayaran yuran program sebanyak RM 50 bagi program yang berlangsung selama 2 hari.

Seramai 20 orang peserta seluruh negeri Pahang terpilih mengikut kursus pendek pada kali ini kerana tempat adalah sangat terhad dan terpaksa di bahagikan kepada beberapa sesi pada masa akan datang.

android1

Rata-rata peserta yang telah mengikut program kursus jangka pendek ini merasakan bahawa tempoh 2 hari program tersebut di jalankan umpama tidak cukup kerana Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Asas) ini memerlukan masa yang lama untuk menguasai asas pengaturcaraan pembangunan sistem android tersebut.

android4

Di sebabkan terdapat rungutan dari para peserta, pihak Kolej Komuniti Bentong berjanji akan mengadakan program Kursus Pembangunan Aplikasi Android (Pertengahan) pada masa akan datang.

diy5

Pada tarikh 26 Nov 2016(Sabtu) yang lalu, bertempat di Pusat Internet Taman Jaya Kemanyan telah di adakan satu program atau bengkel Keusahawanan DIY Fotografi dan Dashboard Komuniti (MYSHOP) dan ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat (orang ramai).

diy4

Intipati program yang diadakan ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai atau kepada komuniti setempat yang berminat.Selain daripada itu, kami juga ingin melihat maklumbalas daripada program ini yang sebelum ini hanya di buka kepada golongan usahawan sahaja dan ternyata program ini memberi impak yang sangat besar kepada para peserta yang mengikut bengkel ini.

diy1

Program yang pihak Pusat Internet Kluster Bera anjurkan ini terbukti mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat dan ini dapat di buktikan dengan 30 orang peserta awal mendaftar dan selebihnya terpaksa kami tolak oleh kerana faktor tempat yang sempit.

diy3

Sesi pertama iaitu teknik DIY Fotografi mengambil tempat dan di ikuti pula dengan bengkel pengenalan Dashboard Komuniti (MYSHOP).Boleh di simpulkan selepas selesai kedua-dua bengkel ini, peserta di lihat sangat berpuashati kerana hasil dari mengikuti bengkel yang pihak PI Kluster Bera anjurkan mereka dapat menghasilkan fotografi setanding studio professional dan seterusnya memasarkan produk mereka melalui aplikasi Myshop.

diy2

Bengkel Keusahawanan DIY Fotografi dan Dashboard Komuniti (MYSHOP) ini berakhir pada pukul 5.00 petang dan sebelum peserta pulang mereka turut di raikan dalam jamuan ringkas dan di ikuti pula dengan upacara penyampaian sijil penyertaan.

meeting1

Pada tarikh 12 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di PI Felda Bukit Puchong telah di adakan satu mesyuarat Jawatankuasa PI Felda Bukit Puchong kali ke-4.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli jawatankuasa yang terpilih bagi sesi ramah mesra dan yang paling penting sekali ialah memperkenalkan kepada ahli jawatankuasa tersebut dengan operasi dan peralatan PI di tempat baharu kerana sebelum ini PI lama beroperasi di premis yang di kongsi bersama Pejabat JKKK Felda Bukit Puchong.

Banyak ulasan yang positif di terima daripada Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi selaku Pengerusi PI dan Tuan Pengurus iaitu Encik Misbari bin Nazir selaku Penanung PI.

meeting2

Antara ulasan yang bakal kami ambil tindakan terus ialah berkaitan dengan cadangan mewujudkan komuniti celik IT, usahawan atas talian secara berterusan dan sebenarnya memang program sebegini telah lama pihak PI adakan dan kami telah war-warkan kepada penduduk setempat tetapi mungkin di sebabkan kurangnya sistem penyampaian yang tidak jelas akhirnya promosi dan program ini tidak sampai ke pihak JKKK Felda Bukit Puchong.

Bagi cadangan yang di utarakan oleh Penaung PI iaitu Encik Misbari Bin Nazir (Pengurus Felda Bukit Puchong) yang ingin melihat pihak PI menghias kawasan persekitaran dengan tanaman bunga, kami telah mulakan inisiatif menanam bunga di sekitar kawasan secara berperingkat.

meetingpi1m3

Di akhir segmen mesyuarat, kami telah menjemput semua ahli Jawatankuasa PI Felda Bukit Puchong melawat operasi PI yang baharu dan melihat sendiri kemudahan infrastruktur atau peralatan yang telah di sediakan sebelum jamuan minum petang mengambil tempat.

 pertandingan video kreatif

18 Julai 2016, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Untuk makluman kepada seluruh warga penduduk terutama kepada ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020.Selain daripada itu, pertandingan ini bertujuan untuk bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativiti remaja Era Digital.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan di sini.

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pdf/Borang_dan_syarat_pertandingan_video_kreatif_kesihatan_remaja_2016_3_Jun.pdf

(Klik hiperpautan)

SEKAPUR SIREH

pi1m1

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Felda Bukit Puchong atau yang dahulunya di kenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK), Triang, Pahang Darul Makmur mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat portal komuniti setempat kami.

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti bagi Fasa rintis (Fasa Pilot), 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai lokasi agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet 1Malaysia diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

pi1mbaharu3

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

e-Pembelajaran (e-Learning)

e-Dagang (e-Commerce)

Pengumpulan dan pertukaran maklumat

Pusat Komunikasi

Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

Pusat peperiksaan dan persijilan

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

Menjadi pusat sehenti atau hab penggunaan ICT kepada penduduk luar bandar khususnya bagi merapatkan jurang digital. Pusat ini bukanlah sesuatu yang klise, gah atau dibuat-buat tetapi inilah situasi yang benar-benar berlaku kepada penduduk luar bandar khususnya penduduk kampung ini yang tidak mendapat peluang mengenali secara mendalam kuasa dunia digital tanpa sempadan ini. Rata-rata penduduk generasi pertama Felda (peneroka Felda Bukit Puchong) ini datang dari latarbelakang keluarga petani dari seluruh Malaysia. InsyaAllah dengan tertubuhnya PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ini, maka dapatlah kita merealisasikan matlamat dalam membangunkan modal insan khususnya dalam pendidikan yang berasaskan ICT bagi merapatkan jurang digital dan seterusnya memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

Menyahut seruan kerajaan dalam penggunaan ICT.

Dalam Pelan Pembangunan Jalur Lebar Kebangsaan, kerajaan telah menyasarkan penggunaan jalur lebar atau lebih dikenali sebagai penggunaan internet pada tahun 2010 adalah sebanyak 50% bagi keseluruhan penduduk Malaysia. Fakta sebenar yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penggunaan ICT dalam Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak 28% sahaja. Persoalan yang timbul, "Adakah penubuhan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ini relevan?". Sudah pasti relevan! Cuma dari pihak kami walaupun tidak menanggung keseluruhan bebannya tetapi tempiasnya tetap juga dirasai. Masa menjadi faktor utama dan boleh diibaratkan sebagi musuh yang sentiasa menanti untuk dikejar dan kami akan berpegang kepada satu pepatah Melayu yang berbunyi, "Bukit kalau ditarah sikit-sikit lama-lama gondol juga".

Menjadikan ICT sebagai gaya hidup masa kini.

Masyarakat bandar telah lama merasai kesan kuasa digital dunia tanpa sempadan ini dan secara tidak langsung telah mempengaruhi gaya hidup mereka pada masa kini. Oleh kerana kehidupan dalam bandar memerlukan seseorang itu perlu bergerak dalam keadaan pantas, kuasa digital ini amat diperlukan bagi menjadi platfom pemudahcara dalam pelbagai urusan kerja dan urusan peribadi mereka. Bagi masyarakat luar bandar, penggunaan kuasa digital bagi gaya hidup ini tidak perlu disamakan dengan masyarakat kota (yang sentiasa bergerak pantas) tetapi cukuplah dengan beberapa penggunaan aplikasi elektronik (E-Pembelajaran, E-Dagang dan E-Kerajaan) sebagai pemudahcara dalam kehidupan kampung yang sentiasa aman dan tenang.

pi1mbaharu4

 

politikdanpentadbiran4

 

TRIVIA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

Berkongsi bangunan yang sama dengan Pejabat Persatuan Veteran ATM Felda Bukit Puchong.

Dahulunya bangunan ini adalah milik kepada Persatuan Majlis Belia Felda (MBF) Felda Bukit Puchong.

Terletak dalam kawasan segitiga ekonomi Felda Bukit Puchong.

Dilengkapi dengan kemudahan 20 buah komputer yang terkini.

Bilik latihan yang selesa.

Sistem automasi pejabat.

Zon WIFI pertama di Felda Bukit Puchong.

Kuasa capaian internet yang terpantas.

Dilengkapi juga dengan sistem loceng penggera dan CCTV tercanggih.

Tenaga pengajar yang terlatih.

Latihan ICT diberi percuma.

Menyasarkan penggunaan ICT 100% kepada semua lapisan komuniti setempat dalam masa 3 tahun beroperasi.

Pusat Internet 1Malaysia ini bukanlah kafe siber seperti yang terdapat di pekan.

Slogan bagi Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong ialah "Jika dapat rasai kuasa ICTnya beritahu orang, jika tidak beritahu kami".

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

D/A PEJABAT MAJLIS BELIA FELDA (MBF)

FELDA BUKIT PUCHONG

28300 TRIANG.

PAHANG DARUL MAKMUR.